CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 12, 2010

Semalam Yang Sibuk..


Semalam adalah hari yang paling busy. Mana taknya, semalamlah hari Pn. Star.Anise rushing nak menyiapkan mana2 kerja yang tertangguh pada minggu sebelumnya. Seperti biasa, tak tau nak prepare apa for breakfast. Tiba2 teringat ada pancake powder (with maple syrup) dalam kabinet. Apa lagi, bancuh dan sediakan untuk beberapa keping. Buat banyak2 nanti tak habis. Buka fridge. Ahaaa.. kelihatan satu Tupperware bihun gorang lebih sarapan semalam. Juga kelihatan lauk sambal sardin lebihan lunch semalam. Semuanya dibawa keluar untuk diperhangatkan. Sambil2 tu, capai 2 biji telur ayam dan kicap. Kononnya nak alter bihun tuh biar tak jelas kelihatan seperti bihun semalam pada anak2. Alhamdulillah. Jimat belanja untuk pagi ini. Sat lagi pening kepala pula, fikir nak masak apa untuk tengahari. Tiba2 teringat nasi putih tengahari semalam yang tak luak langsung dalam fridge. Maknanya tengahari nanti ader chance lah bikin nasi goreng.

Selesai kerjaku untuk mencuci, menjemur, menyapu, mengemas, membung sampah, mengelap lantai, melipat dan menyusun kain baju serta barang dalam kabinet daput. Alahmak! Dah tengahari… dah masuk petang dah pon. Berhenti seketika untuk prepare lunch. Punggah peti sejuk, kelihatan sayur sawi, cili padi & brokoli jerk yang ada. Tinjau dalam freezer, kelihatan ada udang dan sayur campur. Ok.. nasi goreng cili padi berbrokoli untuk dewasa manakala nasi goreng udang untuk kanak2. Simpan semula sawi dalam fridge. Erm.. selesai satu lagi bab. Nak makan? Semuanya lena diulit mimpi. So, inilah masa untuk tinjau mukabuka. Sebelum tu solat dulu yaa…

Sebelum bermukabuku sempat prepare susu buat si kecil. Senang sikit kalu dia tiba2 menangis/terjaga… Alahai! Baru teringat, terlupa pulak nak kemas stor… Tak apa lah. Kite tangguh dulu sehingga minggu hadapan. Letihnya… Malam nanti satu lagik rbab/rutin nak kena bereskan… Beg dan baju untuk semua orang. Esokkan Monday Blues… Hahahah…


*Thanks to the picture's owner. Lend me your picture for my blog.



Missed call..?

Erm… terlupa nak stori.. Malam semalam En. Cinnamon ader bercerita. Ada banyak missed call kat handphone dia petang tadi. Nombor yang tak dikenali. Pastuh En. Cinnamon hantar sms pada nombor berkenaan. Jawapannya adalah, “Saya Arina. Saya nak cakap ngan Lisha…”. Pn. Star.Anise pon gelak besar. Patutlah Pn. Star.Anise ada terjumpa kertas2 sekecil business card dalam beg sekolah kakak dengan tertulis namanya beserta handphone number En. Cinnamon. Aduhai anakku…

*Kakak start hafal handphone number ayahnya sejak last week bilamana ayahnya outstation 5 hari… Kakak.. kakak…

Sunday, July 11, 2010

Epi Besday Ayah..


Semalam (10 July).. Birthday Ayah. Tak berkesempatan berjumpa.. Tak berkesempatan nak wish. Bertuah punya anak! Heheheheh... Apa2 pon this year umur ayah dah 64 tahun. Ayah masih busy ngan /aktiviti/kerja2nya. Bukannya ader kat rumah pon semalam. Dia pergi maner? Biasalah. Mana lagi kalau bukan ke masjid.. Favorite place dia.

Terima mesej Along from Victoria, Melben. Along plan utk sambutkan birthday Ayah. Bawa Ayah & Mak pegi makan2 lah konon. Sorrylah Along. Kite kena tangguh sambutan tuh. Next month u all balik, kite sambut sama2.. lagik meriah kan. Pergi berbuka puasa, mungkin.

Heheheh...anak2 tanya, "mana birthday cake utk Atuk?".

Jawapannya???? Senyummmmm... Teruk tul aku.


"Happy Birthday Ayah.. Semoga diberkati Allah sentiasa. Semoga murah rezeki & dipanjangkan umur. Di doakan juga moga2 ayah ngan mak berpeluang ke tanah suci.. -Amin".

Friday, July 9, 2010

Outstation? Again?



Erm.. En. Cinnamon kena outstation harie ini. Boringnya! Last week pon En. Cinnamon outstation juga. Seminggu plak tu. Bukan Pn. Star. Anise jerk rasa boring.. Budak2 pon pasti merasakan yang sama. Tapi nasib baik 2 hari 1 malam jer. Alhamdulillah..





*Thanks to the picture's owner. Lend me your picture for my blog.

Email dari teman...


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini”, kata seorang kakak berterus-terang.

”Mengapa?”, balas saya.

”Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja”.

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji? Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya,

“Kakak punya berapa orang anak?,” Sengaja saya bertanya soal-soal di luar kotak agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

”Oh ramai encik”.

”Bagaimana dengan anak-anak kakak?”.

Wah! saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

“Kakak, boleh saya bertanya?”.

”Tanyalah encik,” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang menjadi dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”.

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”.

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”.

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

”Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran”, kata saya perlahan. Hampir berbisik.

“Maksud encik?”.

”Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi”.

”Tidak pernah saya terfikir begitu encik”.


”Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah”.


“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”.

”Maksud kakak?”.

”Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”.

”Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”.

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti. Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”.

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya”.

“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?”.

”Pasti ada! Insya-Allah”.


”Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi. Subhanallah!

Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.

“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita? dipersiakan?”, tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

”Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”.
”Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat”.

“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi”.

“Maksud encik?”.

”Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan”.

“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”.

Giliran saya pula tersenyum.

”Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back. Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!”, terang saya panjang lebar.

”Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”.

”Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our ,kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan”.

“Maksud encik?”.

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya”.

“Kenapa?”.

”Kita akan sakit jiwa!”.


”Kenapa?”.

”Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur”, balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

”Tetapi Allah tidak berhenti memberi”. kata kakak itu perlahan.


”Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”.

Ah, kita terlalu ego. Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa diperingatkan semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan orang ikhlas tertindas?

* Terima kasih pada yang punya email..
(Pn. Star.Anise amat tersentuh dengan email ini. Ianya memberikan kekuatan kepada Pn. Star.Anise & En. Cinnamon. Janganlah kite terlalu megharap TETAPI usaha tetap usaha.. Moga2 segala yang terjadi mempunyai hikmah besar disebaliknya.. Insya-Allah.)

Thursday, July 8, 2010

Ramadhan dah dekat...

Sedar tak sedar, Ramadhan dah semakin menghampiri. Semua hutang wajib segera dilunaskan.. Hehehe..juga sebagai pesanan untuk diri sendiri.

Heheheh... kat mukerbuku dah ramai yang tunjuk kuih raya. Aih! memang ler semuanya sedap. Kang order tak hengat dunia. Silap2 time nak bayar, kluar plak ayat.. "Ehh! Ada order yer?? Terlupa lah pulak..". Sambil tergaru2 kepala yg sememangnya tak gatal pon. Yang gatal sebenarnya ialah poket.. hahaha.. Insya-Allah, Ramadhan & Syawal kali ini kami harus lebih berhemah lagi daripada tahun lalu. Kalau mintak pendapat En. Cinnamon, for sure dia pon setuju.

Oh ya, itu cerite bab makan. Ini cerita bab baju pulak. Sedar tak sedar last two weeks Pn. Star.Anise ader pegi menempah baju kurung "raya" kononnya. Untuk yang puteri sepasang sorang baju kurung cotton. Yang paling klakar, Pn. Star.Anise punya ader 4 pasang. Ishk! melampau pula si ibu... Heheheh... Bukannya aper, baju tuh dah banyak kali tertangguh untuk dijahit. Bukan untuk raya pon objektifnya yang sebenar, untuk dipakai ke opislah perancangannya.

Baju melayu En. Cinnamon & putera bongsu? Ermmm... dah remind banyak kali.. Tak ader apa2 action pon yang diambil. Nie kompomlah kain ela yang ader bakal terperuk lagi setahun dalam gobok buruk tuh. Baju melayu ready made jugaklah jawabnya.

Aper?



Salam untuk semua... Ermm.. dah lama tak menulis. Bukan pencen tapi berehat sementara. Tapi sejak semalam, bilamana berkesempatan menjelajahi blog-blog kenalan yang ader..terasa rindu plak nak menulis. Ermm.. topik aper yerk? Hari ini? Blum terfikir diminda lagi nie. Apa2 pun tahniah pada diri sendiri sebab berjaya buka blog baru ini. Moga-moga blog baru nie sukses selalu.. heheheh...

Cuaca kat luar jendela tuh kelihatan agak mendung. Tapi dalam hati tak semendung itu, harapan yang membunga2 tuh ader... Tapi tidaklah terlalu berbunga... hehehe. Yang jelas segala penantian Star.Anise dan famili moga2 disusuli dengan kegembiraan. Tidak juga terlalu berharap. Apa yang kami harapkan? Ermm... Mungkih hari lain pulak kite bercerita yer... Heheheh..

Erm.. buat permulaan bicara, Star.Anise nak minta izin daripada En. Cinnamon untuk meneruskan catatan di blog ini. Oklah.... jumpa lagi esok...