CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 14, 2011

Love after marriage?




Now, 
it's a time to fall in love with
our new PS SX30 IS..

No More Nikon... No More Lumix..
But we have a very great experiences working with Nikon & Lumix. Tq  to our great Nikon & our great Lumix.

En. Cinnamon said, " New Brand With A New Experiences.. "

Pabila suaraku sudah bolat..

Star.Anise sama saja seperti sahabat-sahabat yang lain. Bila seseatu yang penting itu mula menjenguk kamus hidupku, mulalah rutin harian menjadi tak keruan. Keputusan? Semua orang ada kalanya perlu membuat keputusan. Menentukan pilihan yang terbaik itu sukar. Pengalaman Star.Anise dulu, keputusan nak buat pemilihan Universiti. Bidang tak menjadi hal sebab bagi Star Anise, bidang perlu berkadaran dengan minatku selamanya. Cheeewahhh! Betullah tuh.. tak caya? 

* Lovely Thank You Note: Floral Clock Geneva
Bulan lepas, Star.Anise ader sebut pasal posting bertajuk "Sekuntum Senyuman". Erm.. Insya-Allah pagi ini, Star.Anise rasa.. suara hatiku sudah muktamad. Bolat... Bukan bolat kerana pembentungnya. Hehheheh... tapi bolat laksana bulan purnama. Ok tak? Berbalik kepada cerita sebenarnya, Star.Anise telah diminta tuk mengikuti kursus ke luar negara May nanti. Memang ianya suatu berita yang balik best di alam pekerjaan. Kalau 10 tahun dulu, memang berita seumpama ini menjadi puncak dalam perkhidmatan. Seperti aku menjejaki bumi Manchester dulu. Sorang diri, sebab masih single. Tak semua orang merasainya. Sambil bekerja, sambil meninjau negara orang. Heheheh...

Tapi hatiku berat nak terima. I'm refuse to go. Bukan kerana Star.Anise seorang yang tak bertanggungjawab dan ambil lewa soal kerja, tapi Star.Anise susah hati nak tinggalkan tanggungjawab pada keluarga. Kalau kawan-kawan bersuara, "Bukannya lama sangat pon, pergilah.." Ada juga yang kata, "Nie lah masa untuk rehat.." Tambahan pula, emak ayah Star.Anise tiada di Malaysia pada ketika itu. Mereka di Melbourne, rumah kakakku. Bagitu juga dengan  PIL. Mereka berada di Turkey pada ketika itu. Star.Anise dan En. Cinnamon jenis yang tak beberapa selesa nak ganggu program orang tua-tua. This is the time for them to enjoy their retirement moment. So, En. Cinnamon kena urus dan take care of the son and daughters. Buleh pingsan nie.. Putra putriku semuanya hebat-hebat sekali orangnya... Dah lah tu, berderet-deret macam ERL. Hahahah... (Mungkin inilah hati seorang ibu...)

So today, I have to meet my Boss. I have to explain to them nicely. Jika perlu seseorang di jabatan menggantikanku ke sana, silakan. Aku hanya boleh memberi komitmen di sekitar Malaysia. That's muktamad. Hatiku.. Juga suaraku sudah "bolat". Sebelumnya, En. Cinnamon mengizinkan. Bila aku bersuara pagi tadi, dia juga menyuarakan pendapatnya yang sebenar. "I luv you, Abang.. Only you can understand me..."

(*Shopping without anak-anak: Both of us cannot concentrate on shopping. Both of us nak balik awal, and fetch them at school.. Jom kita ronda-ronda ukur jalan... Tak pie shopping pon tak apa. Hahahahah) 

Friday, March 11, 2011

I'm Not Sleepy..

BoY : In sLeePy mOdE..





Which One Do You Prefer?


Lumix FZ-100
 Yang mana satu? Idaman kalbu? Teringat kat lagu dulu-dulu. Apa-apa pon, both pon ader keistimewaan tersendiri. Tapi hatiku agak terpaut sedikit kuat pada Lumix. Mungkin disebabkan oleh kenangan lamaku bersama my Lumix FZ-28 yang hilang. (Arghhh! tak guna nak mengenang-ngenang.. Bisa bikin hatiku jadik sayu. Dahlah cuaca kat luar jendela aluminium nie pon kelihatan mendung sekali...)
Erm.. Nak tepuk poket tanya pendapat, harga pon tak jauh beza. Tapi spec of coz lah ader beza. Ohhh! Star.Anise perlukan pendapat En. Cinnamon dalam hal-hal sebegini. Sebelum mendengar pendapatnya, pasti Star.Anise perlu mendengar khutbahnya dahulu. Argggghhhh....

Nikon P500
Try to call En. Cinnamon... But have no answer laa...SMS jerk lah kot... Nak pujuk En. Cinnamon pie dating, survey and face to face with kedua-dua model tersebut. Which one is better for me... Kalu for him, DSLR lah kot is better.. Duit.. Duit.. Di mana kau duit? Satu lagik lagu lama-lama dulu terngiang-ngiang di ruang legar kepalaku... Heheheh... Macam-macam ada...






Wednesday, March 9, 2011

Boy and Uuuupinn..

Malam tadi sedang Star.Anise tengah dok sibuk bacer paper, Boy pon sibuk nak menyelak paper yang sama. 

Bilamana Star.Anise kata, "Tak maulah buat camtuh.."

Dia terus jawab, "Uuuupinnn..." 

Terkejut Star.Anise. Wah! Boy dah kenal dan bleh sebut nama Upin laaa. Bila Star.Anise selak page sebelumnya, ermmm... memang sah ada gambar Upin Ipin. Bila tunjukkan pada Boy, dia pon gelak sambil tunjuk gambar kat paper tuh. 


"Uuuupinnn.. ni..", katanya.

Bila Star.Anise selak page lain dia marah. Dia suruh buka page tuh juga. Akhirnya terpaksalah Star.Anise keluarkan helaian tuh dan lipat bagi kecik. Muat-muat menunjukkan gambar Upin dan Ipin saja. Helaian tuh disuakan pada ayah dan kakak-kakaknya. 

"Uuuupinnn.. ni..", katanya.

 Boy... Boy... 


Tuesday, March 8, 2011

Trilogi Cinta..

Ermm.. not bad drama nie. Suka gaks menontonnya.. Yang paling tak tahan dengar, Pak Ngah and Mak Ngah (Tok Ngah and Kak Wan) kat kampung pon ikuti sama. Lepas tuh sempat gusip-gusip ngan my Mum kat telefon jika missed certain episode. Hahahah... Kredit tu Suhan Movies.. Juga tak lupa kepada Sharifah Abu Salem. 

Malam tadi maser menonton, teringat plak kat soalan Mak Ngah pada my Mum. Star.Anise senyum-senyum sendiri..

"Pandai betul Rosyam Noor dan Fouziah Gous tuh berlakon. Macam betul-betul suami isteri. Tak jeles ker isteri Rosyam Noor tu?," tanya Mak Ngah pada my Mum tempohari.

My Mum pon gelak sambil jawab, " Mana nak tau.."

;)

Tuesday, March 1, 2011

Sekuntum Senyuman..


Bukan hari-hari dapatku kuntumkan senyuman. Ingatkan esok lusa bolehlah Star.Anise dan En. Cinnamon menarik nafas panjang. Selesai proses pindah memindah rumah. Tiba-tiba telefon di meja berdering. Dugaan dariNya. Kusambut berita dengan tenang. Hati dan jiwa mula bergelora. Hahahahah...
Ada tugasan baruuuu... Segera pulak tu. Dap.. dip.. dup.. kata jantung...

Cucuq kodoq hangit..

Semalam:

 Perutku lapaq
Berjalan ke kafe
Hanya berjumpa keropok leko dan...
"CUCUQ KODOQ HANGIT"

Hari ini:

 Tertanya-tanya,

adakah aku akan bertemu lagik dengan...
"CUCUQ KODOQ HANGIT"


(Tapi kamera henpon Pn. Star.Anis nie baik budi bahasanya.. Cucuq kodoq hangit semalam kelihatan tidah sehangit realitinya... Heheheh...)

"I'm so sorry, Ma'am.."


Adoi! Jahat mulut betul Star.Anise arie nie. Pagi2 dah menyambung gusip minggu lepas. Gusip sesama students juga. For me, if you're willing to continue your studies as a post graduate student... kena lah usha lebih dan lebih bersikap self-reliant/independent kan? Tak kan sumer nak tunggu datang bergolek baru nak buat kijer.

Laa nie bukan saja SV, Co-SV, kawan-kawan and other staffs pon penin tengok you. Tapi kengkadang tuh kesian pon ader. Nampak lurus bendul budaknya. Sumer nak kena cakap baru boleh gerak kerja. Korang penah angkat silinder gas yang tank tinggi tuh sorang-sorang? Star.Anise pon tak pernah. Kalo nak kena angkat juga, ada la caranya...

Heheheehehheeh.. Bilamana penin tengok dia buat lab, kadang-kang tuh nak gelak besar pon ader.. Kalo dah:

"I'm so sorry, Ma'am. I want tools to open the nut", sambil beraksi memutar-mutar tangan.

"Spanner?", soalku.

"I don't khow the name, Ma'am..", jawabnya sambil senyum.

Star.Anise bingkas bangun, dan capai adjustable spanner dan tunjukkan padanya.
Dia mengangguk. Lalu mencapai adjustable spanner yang Star.Anise hulurkan.

"Thank you, Ma'am.. But I'm sorry again, Ma'am. May I know the name of this tool.."

"Adjustable spanner..", balasku.

"Adjustable spanner..", ulangnya. Dia pon beredar dari bilikku.

Aku senyum-senyum sendiri. Klakar pulak kalo orang hari-hari panggilku, Ma'am.. Haaahahahaha.. Macam-macam ade...

"Ujan pagi"

Kejut Adik bangun subuh tadi. Dia nampak ceria jerk. Tiba-tiba, "Ujan pagi kan, Mie.. Sebab tuh tidur tak panas. Sejuk jer. Adik suka...". Ermmm.. patutlah ceria. Puas tidur lah tuh. Tak ader saper kacau. Tapi depa adik beradik memang tido tak melasak malam tadi.

Satu lagi cerita kelakar subuh tadi. Tetengah Star.Anise dan Encik Cinnamon
sedang bersiap-siap nak solat subuh dan pie kijer, tetiba dengar Baby mengigau. Heheheh... Dengan aksinya seperti sedang menaiki basikal. Dengan mata yang pejam, "Ayoooyooo!!" Disusuli dengan gelak tawanya... Hahahahah...

Dalam perjalanan ke sekolah, "Mie, rambut Baby lom sikat lagi lah..".
"Tak pe lah. Kan cute tuh, boleh jadik Kak Limah", jawabku sambil senyum. Encik Cinnamon juga turut senyum. "Arghhhh hahahaha.. Jadik Kak Limah pulak...", balas Baby sambil gelak. "Pegi kedai lah, Mie. Baby lapar lah.." sambungnya lagi. Sebenarnya bukan lapar tuh. Nak singgah kedai. Nak beli gula-gula. Baby... Baby...