CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 13, 2010

Berjaya!


Alhamdulillah Kakak & Adik berjaya mengharungi dugaan berpuasa penuh semalam. Ader permintaan plak tuh. Nak air kotak laici. Tapi Star.Anise tengok depa pegang air kotak tuh, macam nak terminum jerk sementara nak tunggu sejam lagi utk berbuka.. Heheheh...

Semalam Star.Anise masak apa? Hajat dihati nak masak macam-macam tapi masa tak mengizinkan laa.. Tak sempat. Hidagan berbuka semalam hanyalah...

2nd
Day Berbuka:
Seperti biasa,teh o panas, air kosong & kurma


Nasi Putih
Sambal Tumis Ikan Bilis & Rendang (Perabih lauk dalam peti sejuk)
Sup Cendawan Tiram & Lobak Merah
4 Ketul Ayamas Drummet Goreng (Untuk anak-anak)
5 Ketul Samosa Daging (Import From Pasar Ramadhan with love heheheh)
Cucur Ikan bilis & Kuchai (Khas Untukku..)

*Thanks to the picture's owner. Lend me your picture for my blog.


Thursday, August 12, 2010

Kakak & Pertama Kali berpuasa..


Bagaimana nak mulakan nie... Nak gelak guling-guling ker nak sama-sama sayu...

Pagi:
Semalam..
Kakak 1st time berpuasa
Kakak dah 6 tahun, kena blajar-blajar berpuasa
Kakak sibuk suruh Ummi ajar niat berpuasa
Ummi kata sebelum tidur nanti Ummi ajarkan
Kakak gelabah kot, makan malam pon sikit aje
Lepas makan beberapa suap, Kakak tonton Astro Ceria
Ummi ajar Kakak niat berpuasa
Bila masa plak Kakak tertidur?
Ummi dan Ayah bersahur macam biasa

(Ummi Ayah tak kejut Kakak bersahur.. lupa, tak ingat langsung. Amat-amat lupa)

Petang:
Ummi dan Ayah balik lebih awal dari biasa
Sampai di sekolah anak-anak, dari jauh Kakak kelihatan tak gembira..
Ummi Ayah tertanya-tanya
Ummi tanya Kakak, Kakak diam tanpa suara
Kawan Kakak kata, dia puasa dia tak makan pon.. Tak minum juga..
"Laaaa.. Ummi lupa, rupa-rupanya anak Ummi puasa.."
Kakak masuk kereta, Ayah pulak bertanya.. Kakak terus berduka, mengalir air mata
Ummi Ayah tanya, "Kakak puasa yer?"
Kakak terus berduka..
Ayah tanya lagi, "Kakak lapar ye?"
Kak Yong menggangguk lesu
"Laaa anak ayah puasa, tak makan sahur.."
Kakak terlelap seketika
Ayah singgah di kedai "Mesra"

Akhir bicara
Ayah izinkan Kakak berbuka..
Air kotak laici & roti krim jagung Gardenia
Kakak kembali ceria..

Tapi jangan lupa
Ada syaratnya
"Esok pagi kite puasa lagi yer, tapi kite makan sahur.
Makan nasi, makan kurma.
Minum air banyak-banyak.."
Kakak mengangguk suka...





Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Yaa Ramadhan


Salam Ramadan daripada Star.Anise dan keluarga..
Selamat Berpuasa.

1st day bersahur:

Seperti biasa,
teh o panas
air kosong
kurma

Makanan,
nasi putih
siakap berlada
rendang daging

1st day berbuka:
Seperti biasa,
teh o panas
air kosong
kurma

Makanan,
Tak pasti
Tapi mungkin
Seperti tahun-tahun sebelumnya
Sejenis kuih/Murtabak
Bihun/Mee/Kuey Teow/Nasi Goreng


Tuesday, August 10, 2010

Next Week Ada Audit!


auditauditauditauditauditaudit auditauditauditauditaudit
auditauditauditaudit
auditauditaudit

auditaudit

audit

auditaudit

auditauditaudit

auditauditauditaudit

auditauditauditauditaudit auditauditauditauditauditaudit


Baju raya dah siap?


Ermm.. Star.Anise terima sms daripada tailor pukul 1.33 am:

"Star.Anise, baju dah siap. Semua RM 250"

Terkujat Star.Anise! Bukan terkujat dengar jumlah upah jahit, tapi bilamana tengok jam pukul 1.33 am. Bertuah betul Kak Nor, nie mesti siap ajer helaian yang terakhir... dia terus sms... Takut terlupa katanya. Heheheheh...

Oh yer.. 4 April lepas, Kami berdua bercuti. Semata-mata nak pie beli baju anak-anak. Alhamdulillah dapatlah beberapa pasang seorang. Sib baik ader diskaun 50%-70%. Kalau tak haru... Bila balik, kami kira ikut harga sebenar... Ohhh mak aiii... juling biji mate... Ader rezeki, kalo ader bonus raya tahun nie, nanti kite beli kasut dan lain-lain keperluan pulak yer... Selesai 1 bab.. Bab aper lagik pas nie?

08.08.10: Selamat Hari Lahir, Baby..


Kelmarin 8 August, birthday Baby yang ke tiga..
Wah! Dah besar..
Doa Ayah & Ummi sentiasa mengiringi..
Semoga diberkati Allah sentiasa dan jadilah anak yang solehah..

Insya-Allah..

"Daging tak ader ker?" : Merendang di tengah malam..


Ekoran panggilan telefon dari kampung, kami bergegas siap untuk keluar mengambil juadah kegemaran anak-anak yang dikirim. Semangat!! Lebih semangat sebab juadah yang dijanjikan datang lengkap dengan penambah kecur air liur... Heheheh.. agak2 aper yerk...

Sampai ke destinasi, Mr Cinnaman pon turun menghampiri pintu rumah sepupuku.. Setelah berurusan hanya beberapa minit di muka pintu (malas nak turun..nanti melekat berborak), kelihatan Mr. Cinnaman pon bergegak ke arah kereta.

Kakak mula bersuara, "Ermmm..daging tak ader ker..?" Star.Anise buat pekak telinga walhal dalam kotak fikiran mula bertanyakan soalan yang sama. Selesai menyimpan juadah kiriman di boot, Mr. Cinnamon masuk ke kereta. Sekali lagi si puteri sulungnya bertanya. Mr. Cinnamon hanya membalas dengan senyuman.

Lantas semasa bergerak pulang. Kami berdua sepakat untuk singgah di pasar borong sebentar. Bukannya apa pon, cuma singgah sebentar membeli sedikit daging lembu, santan, kerisik, serai, lengkuas, daun kunyit dan cili. Bahan-bahan yang lain, dah ada dalam peti sejuk. Beli mana yg tak ada aje. Buat apa?? Apalagi... merendanglah jawabnya. Rendang Cincai namanya...

Mula merendang: Selepas anak-anak tidur... dalam 10 lebih kot.
Selesai Merendang: Lebih kurang 12.45 am...

Selesai merendang, siapkan keperluan anak2 untuk ke sekolah esok termasuk baju dan beg. Wargghhh! Mengantuknyaaa.. Jom masuk tidur...

*Thanks to the picture's owner. Lend me your picture for my blog.