CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 26, 2012

Happy Birthday to Youuu...



 
Selamat Hari Lahir diucapkan buat Boy. 
Semoga diberkati Allah sentiasa. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezekinya. 
Semoga menjadi anak yang soleh dan menghormati ibu bapa dan orang-orang yang lebih tua. 
Semoga menjasa seorang muslimin cemerlang yang taat pada suruhan-Nya dan patuh pada larangan-Nya.

Kakak Baby menyanyi-nyanyi lagu "Birthday"...
"Happy Birhday Boy"
Boy tersenyum berbunga-bunga tanpa sepatah kata.
"Boy nak apa?"
"Boy dapar (lapar dalam pelat bahasa Boy)
"Nak makan apa?"
"Nak makan sup. Nak makan shate (sate dalam pelat bahasa Boy).

Maka kami bersiap-siap untuk ke Kajang.
Apabila duduk di meja makan di Restoran Sate Samuri, beiya-iya Birthday Boy makan nasi himpit dan timun bercicahkan kuah kacang. Sate yang dimakan tak sampai 2 cucuk. Segelas air tembikai. Dan juga separuh mangkuk mee sup.
Masuk jerk dalam kereta. Dalam perjalanan balik, tiba-tiba kedengaran suara orang berdengkur.
Perut dah kenyang. mata pun mulalah mengantuk. Birthday Boy terlentuk tidur....

"Hello Dear, your birthday is tomorrowlah... Not today... Heheheh.."

Catatan 25 Jun...




Thursday, June 21, 2012

Kenaper?

Huh! Hari ni En Cinnamon berada di luar kawasan. So, turn Star.Anise plak jadik driver kepada 'geng bas sekolah..' Apa-apa pun okeylah... Sib baik hari ni tak banyak kijer kat opis. Sambil-sambil driving si adik yang selalu berleter pot! pet! pot! pet! sibuklah bercerita itu dan ini. Dan yang paling best soalannya adalah kenapa Star.Anise tak suka drive keter Exora ayahnya. Huhuhuhu... berat nak jawab ni. Sebab orang yang bertanya tuh, selagi dia tak mendapatkan jawapan yang terbaik bagi dia, soalan tuh takkan ber akhir cam gitu ajer. So Star.Anise terkedulah sekejap.. Kalo cakap pasal gear manual & gear auto, for sure lah kanak-kanak standard 1 tuh tak beberapa nak paham. Dan kompom2lah soalan demi soalan akan berangkai-rangkai keluar daripada mulutnya. Akhirnya, yang hanya terkeluar daripada mulut ini hanyalan, "Keter wira (aeroback) ni kecik sikit". Tengok muka Adik cam tak beberapa nak puas hati jerk dengan jawapan tu. Sib baik sebelum sempat dia bertanya soalan baru, si kakak menjadi penyelamat.
"Kalau Ummi tak bawak keter wira ni, buat penat ajerlah beli. Letak ajer kat rumah diam-diam."
Berkerut dahi si adik menafsir jawapan kakaknya.
Lepastuh dia tersenyum.
"Iya tak iya jugak kan, siapa pulak yang nak guna kereta wira ni. Membazir ajer."

Fuh! lega Umminya...


Tuesday, June 12, 2012

Odit ohh..odit!


Odit..odit lagi..

Oleh itu kami semua pun bertemu kembali dengan pesanan dari penaja a.k.a Bos Besar,

"Diharapkan  semua pegawai dapat berada di sekitar kawasan kerja dan boleh dihubungi dengan mudah sepanjang proses audit dijalankan. Berikutan itu juga, permohonan cuti rehat pegawai adalah dibekukan buat sementara waktu sehingga proses audit berakhir kecuali bagi kes-kes kecemasan."


"Good Luck to Everybody.. Jangan ketaq2 cay. Cheq pun ketaq sama... Hehehe..."


Tuesday, June 5, 2012

Jom nyanyi... Cukup cukup sudah...


Gambar pinjaman semate-mate.

Lepas sebulan, asyik-asyik berkejar-kejaran jerk kami berdua. Paling cedih bilamana plan nak pie wedding kawan bertukar jadik plan ronda-ronda hardware shop & ronda-ronda kedai tiles. Bertakung ayaq mate tau bila story kat sahabat perantinku. Kalau StarAnise penat berkejaran sana sini, pastilah Encik Cinnamon lagiklah kesian. Bantu membantu amalan mulia katanya. Di samping menimba ilmu supaya penuh di dade... Hehehehe...
Apabila kami tiba digarisan penamat, awatlah hati tiba-tiba dirundung rasa cedihlah pulak. Ingat daku sorang saja, upanya Encik Cinnamon pun sama. Apalagi kami pun pujuk-pujuklah hati sendiri.
Bila mana dah berdiri ataih garisan penamat. Bagaikan nak meleleh ayaq matelah pulak. Tak tau camna nak khabaq. Nak tau apa cerita? Jom aih... datang sini. Kasi kami kluaq dudu dari kasut ni, hangpa pulak duduk dalam kasut kami. Pastuh hangpa cerita kat kami pulak, bagai mana perasaan hangpa. Uuuuuwaaaa!!!! Awat cuaca tak mau mendung aih... Boleh hujan sama-sama. Tadi StarAnise hampir berjurai ayaq mate... Tapi bila pikir-pikir sat, mungkin ada cerita disebalik tajuk, "mengapa langit tak sama hujan..."

Mari kite renung balik Surah Al-Baqarah, Ayat: 286 yang StarAnise ada tulis kat page depan tuh,


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..."

Kata Encik Cinnamon, "Sudah cukup sudah, sudah sampai di sini saja..."


Cinta Buat Emelda atau... Kasih Antara Kita?



Celam celum kata orang. Taklah ikut selalu cerita ni. Tapi kalau lepas rumah mak, tengoklah jugak. Adaptasi novel jugak. Novel karya Aleya Aneesa yang berjudul Kasih Antara Kita. Heheheh... ada teman-teman StarAnise minat kat Aril Fatah nya. Watak Aril Fatah ye... Bukan minat Fizo Omar. Tapi watak yang dibawanya itu. Tapi tak dinafikan Fizo pun ramai peminatnya. Nanti marah pulak Fizo Omar kat StarAnise. Encik Cinnamon kata, Emelda kalau kat umah suka benar pakai baju tido yerk. Heheheh...  StarAnise kata tak kisahlah dia nak pakai baju apa pun. Janji sopan. Tapi watak Emelda ni suka benar di ikat rambutnya terik-terik ke belakang. Mungkin sebab nak menampakkan kematangan pada watak Emelda itu.. ;)

Ada StarAnise terbacer. Aleya Aneesa suka tulis cerita sedih... Betul ker?

Bunga-bunga Syurga..



Cerita ni pada awalannya tak beberapa menarik minat StarAnise. Tapi bila renung-renung balik cam ada sesuatu darinya. Oklah.. Best jugak nak ikut cerita ni. Setiap Jumaat pukul 9 malam melalui slot Zehra. 
Persembahan yang agak menarik daripada gabungan yang lama dengan yang baru.
Bunga-bunga Syurga sedikit sebanyak mengingatkan kita tentang tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai pemegang amanah harta anak-anak yatim. Tanggungjawab yang amat besar sebagai ibu bapa. Tanggungjawab seorang ketua keluarga. Tanggungjawab seorang isteri. Tanggungjawab seorang anak. Tanggungjawab seorang terhadap diri sendiri. 

Amanah. 
Harapan. 
Maruah. 
Peribadi diri. 

Apa kata Encik Cinnamon tentang drama ni? Apa yerk... Alah dah lupalah pulak.

Seindah Sakura



Hurm... StarAnise ikut juga drama Seindah Sakura ni. Ada gaks bacer sinopsis kisah ini dari novelnya. Tapi dalam pada ikut cerita ni jika berkelapangan petang-petang, sempat juga kami memikirkan sesuatu tentangnya. Bak kata Encik Cinnamon, ada scene yang nak kena garapan lebih telitilah kot. Kerana apa? Tak ader sebab apa, cuma nak bagi cerita tuh kelihatan  lebih cantik, lebih baik dan lengkap. Ader certain scene tuh cam tak beberapa kena sikit olahannya. Apa-apa pun tahniah buat Zul Huzaimy atas penghasilan drama adaptasi dari novel Seindah Sakura karya Liza Zahira ini. Menarik..