CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 10, 2010

"Daging tak ader ker?" : Merendang di tengah malam..


Ekoran panggilan telefon dari kampung, kami bergegas siap untuk keluar mengambil juadah kegemaran anak-anak yang dikirim. Semangat!! Lebih semangat sebab juadah yang dijanjikan datang lengkap dengan penambah kecur air liur... Heheheh.. agak2 aper yerk...

Sampai ke destinasi, Mr Cinnaman pon turun menghampiri pintu rumah sepupuku.. Setelah berurusan hanya beberapa minit di muka pintu (malas nak turun..nanti melekat berborak), kelihatan Mr. Cinnaman pon bergegak ke arah kereta.

Kakak mula bersuara, "Ermmm..daging tak ader ker..?" Star.Anise buat pekak telinga walhal dalam kotak fikiran mula bertanyakan soalan yang sama. Selesai menyimpan juadah kiriman di boot, Mr. Cinnamon masuk ke kereta. Sekali lagi si puteri sulungnya bertanya. Mr. Cinnamon hanya membalas dengan senyuman.

Lantas semasa bergerak pulang. Kami berdua sepakat untuk singgah di pasar borong sebentar. Bukannya apa pon, cuma singgah sebentar membeli sedikit daging lembu, santan, kerisik, serai, lengkuas, daun kunyit dan cili. Bahan-bahan yang lain, dah ada dalam peti sejuk. Beli mana yg tak ada aje. Buat apa?? Apalagi... merendanglah jawabnya. Rendang Cincai namanya...

Mula merendang: Selepas anak-anak tidur... dalam 10 lebih kot.
Selesai Merendang: Lebih kurang 12.45 am...

Selesai merendang, siapkan keperluan anak2 untuk ke sekolah esok termasuk baju dan beg. Wargghhh! Mengantuknyaaa.. Jom masuk tidur...

*Thanks to the picture's owner. Lend me your picture for my blog.

No comments:

Post a Comment