CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 14, 2011

Pabila suaraku sudah bolat..

Star.Anise sama saja seperti sahabat-sahabat yang lain. Bila seseatu yang penting itu mula menjenguk kamus hidupku, mulalah rutin harian menjadi tak keruan. Keputusan? Semua orang ada kalanya perlu membuat keputusan. Menentukan pilihan yang terbaik itu sukar. Pengalaman Star.Anise dulu, keputusan nak buat pemilihan Universiti. Bidang tak menjadi hal sebab bagi Star Anise, bidang perlu berkadaran dengan minatku selamanya. Cheeewahhh! Betullah tuh.. tak caya? 

* Lovely Thank You Note: Floral Clock Geneva
Bulan lepas, Star.Anise ader sebut pasal posting bertajuk "Sekuntum Senyuman". Erm.. Insya-Allah pagi ini, Star.Anise rasa.. suara hatiku sudah muktamad. Bolat... Bukan bolat kerana pembentungnya. Hehheheh... tapi bolat laksana bulan purnama. Ok tak? Berbalik kepada cerita sebenarnya, Star.Anise telah diminta tuk mengikuti kursus ke luar negara May nanti. Memang ianya suatu berita yang balik best di alam pekerjaan. Kalau 10 tahun dulu, memang berita seumpama ini menjadi puncak dalam perkhidmatan. Seperti aku menjejaki bumi Manchester dulu. Sorang diri, sebab masih single. Tak semua orang merasainya. Sambil bekerja, sambil meninjau negara orang. Heheheh...

Tapi hatiku berat nak terima. I'm refuse to go. Bukan kerana Star.Anise seorang yang tak bertanggungjawab dan ambil lewa soal kerja, tapi Star.Anise susah hati nak tinggalkan tanggungjawab pada keluarga. Kalau kawan-kawan bersuara, "Bukannya lama sangat pon, pergilah.." Ada juga yang kata, "Nie lah masa untuk rehat.." Tambahan pula, emak ayah Star.Anise tiada di Malaysia pada ketika itu. Mereka di Melbourne, rumah kakakku. Bagitu juga dengan  PIL. Mereka berada di Turkey pada ketika itu. Star.Anise dan En. Cinnamon jenis yang tak beberapa selesa nak ganggu program orang tua-tua. This is the time for them to enjoy their retirement moment. So, En. Cinnamon kena urus dan take care of the son and daughters. Buleh pingsan nie.. Putra putriku semuanya hebat-hebat sekali orangnya... Dah lah tu, berderet-deret macam ERL. Hahahah... (Mungkin inilah hati seorang ibu...)

So today, I have to meet my Boss. I have to explain to them nicely. Jika perlu seseorang di jabatan menggantikanku ke sana, silakan. Aku hanya boleh memberi komitmen di sekitar Malaysia. That's muktamad. Hatiku.. Juga suaraku sudah "bolat". Sebelumnya, En. Cinnamon mengizinkan. Bila aku bersuara pagi tadi, dia juga menyuarakan pendapatnya yang sebenar. "I luv you, Abang.. Only you can understand me..."

(*Shopping without anak-anak: Both of us cannot concentrate on shopping. Both of us nak balik awal, and fetch them at school.. Jom kita ronda-ronda ukur jalan... Tak pie shopping pon tak apa. Hahahahah) 

No comments:

Post a Comment