CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 13, 2012

..Aku dan Kaki Novel..

Novel 7 Hari Mencintaiku menjadi novel pertama aku beli selepas punyai anak empat. Aku amat tertarik dengan novel ragapan Siti Rosmizah dengan harga RM 32.90. Novel itu kubeli lepas beberapa kali kusinggah di kedai buku Popular berdekatan rumah tanpa membelinya.

Membaca dan terus membaca. Meleleh jugalah air mata sedih. Sampai anak pun tanya, "Kenapa Ummi menangis?". Aduhai... Dalam masa 24 jam habis buku itu aku tatap dari satu muka ke muka yang lain. Penuh emosi gitu. Heheheh..

Sejak hari itu, jiwa jadi tak senang. Aku mula cari dan mencari di mana duduknya novel2 lain yang sama hebat dengan terbitan SR Publication itu. Akhirnya aku menjumpai satu penerbit yang baru bagiku, Kaki Novel. Laman webnya kurayap setiap muka yang ada. Dan akhirnya aku memberanikan diri untuk melanggan secara online. Harapanku tidak mengecewakan. Naskah novel yang dibeli telah selamat diterima lalu di terokai pada setiap masa senggang yang ada. Tak mengecewakan. Aku mula jatuh hati..

Novel2 pertama yang menjadi milikku dari terbitan KN adalah... 

 
Pergilah Airmata tulisan Hanni Ramsul 


 
Dan juga Kurela Cinta Ini Bertamu dari penulis Nuril Bahanudin.


Saya suka KAKI NOVEL..



No comments:

Post a Comment