CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 16, 2013

16 Julai dan Hari ke 7 Ramadhan..

 16 Julai hari ni...
 Ada sesiapa lupa tak???? 
Heheheh.. tak adalah kan.. 
Semua family member pun tak pernah lupa tentang tarikh tu..
 Macam ada something special jerk bunyinya kan. 
Tapi tak apa...kita simpan dulu. 

Jom kita cerita tentang hidangan yang muncul atas meja makan subuh tadi. Ada apa jerk eaa???
Tak ada macam2 pun sahur tadi. Biasa2 jerk.


Nasi Kuning 
(hahahah... nasi ayamlah tapi lauknya dah habis licin masa berbuka)
Baby Kailan Goreng Pedas
(stok akhir.. selalunya sekali masak 2..3..ketul jerk)
Telur Mata Kerbau Punya 
(hahahah...ayam yang punyalah. Bukan kerbau yang punya)
Sosej Ayam Ramly
(yang ni tak ada saper2 punya.. sapa nak, makan..)
Roti Putih Gardenia 
Teh O/Air Suam/Horlicks
Kurma


Huhuhu.. balik kojer tetiba Cik Malas menyapa... 

Botingkek2 tahap kemalehan ea.. Camno nak buek ni? Oh! mak pak aii...

Kerana 16 Julai, kami anak beranak menyinggah ke JJ. Kengkonon naklah mencari sebiji kek. Tapi orang punya badan tak berkenan. Sumernya dia reject. Hah! amik kau... Demand tul... Untuk mencapai hajat tu, kami kena patah balik ke kedai kek lain yang berkilo2 meternya. Aduhai!!!!

Lastly, punjuk punyer pujuk.. kita beli Sabtu nanti. Leh bawak pi family nyer Iftar gathering.  Ramailah juga orang yang boleh tolong perabihkan nanti. 
"Jom pulang.. Ummi lom masak lagi ni. Kang kite kena plak berbuka dengan hanya menelan air liur sahaja." 
Tetiba laks, Baby buat ragam. Berkoyan2 ragamnya. Berjurai2 air mate hanya kerana sebotol air oren. Pujuk2 pun tak jalan.. Bila dah OTW ke rumah tetiba Star.Anise teringat sesuatu. 
"Astarghfirullah hal adzim! Baby kan dah sambung berpuasa semula bermula hari ini. Shian nyer dia..." 



 Ralat hati tak belikan air oren tadi. Tentu dia dah rasa terminum2 air oren Minute Maid tu kan... Tiba2 teringat plak zaman daku kecik2 dulu. Masa poser, nampak benda apa pun sumer teringin. Simpan untuk berbuka. Lepas bunyi jerk azan, dah minun... for sure makan dulu apa yang disimpan sejak siangnya tadi. Nikmatnya Allah saja yang tahu. Walaupun sebiji coklat/gula2... Tiba2 terasa bergenang airmataku.


Ini dia report hidangan iftar day 7th yerk.. 


Ikan Jenahak Goreng Garing (Golek2 Tepung Jagung) 3 Rasa

Kacang Buncis Goreng Pedas Telur Yang Pecah (sesuka jerk bagi nama.. walhal goreng pecah telur tu..)
Bilis Blue Eye Goreng Sambal Kering (Ala2 sambal bilis kering benornyer)
Rendang Daging RTWO
Nasi Putih
Teh O/Air Suam
Kurma



Tak seperti biasa, lepas Isya' Star.Anise terus lipat kain baju yang terdampar atas katil. Lepas budak2 tu dah selesaikan homework masing, barulah kami membancuh Blueberry Muffin. Kali ni guna paper cup yg lebih kecil sedikit..

Tara! Dah siap...


Oppss! Lupa.. Baby dah boleh senyum lebar. Rupa2nya ayah ada belikan 2 packs of CalciYum dan juga a pack of SoliVite. Sharing is caring. Semua orang ada bahagian masing2..




No comments:

Post a Comment