CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 11, 2013

Marhaban Ya Ramadhan II


Assalamualaikum buat semua yang ada membaca..
Huhu..dah lama benar tak menulis kat sini. Macamlah busy tahap PM. Walhalnya tak ader idea nak berceloteh kot. Ilham belum mari, kata seseparuh orang. Ini... ilham dah marilah yerk? Iya sangatlah tu...

Huh! sedar tak sedar ia muncul kembali @ datang lagi. Marhaban Ya Ramadhan... Semasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kini adalah Datuk Syed Danial Syed Ahmad nak umum, Star.Anise tengah menunggu nasi goreng ayam kat kedai makan. Tak masak? Huh! pemalas betul! Tak lah, saja tukar2 selera memandangkan esok kan nak puasa dah... (Alasan nak kaber malulahtu)
Oh yer.. berbalik kepada cerita pengumuman ni, Star.Anise terkenangkan zaman kecik2 dulu. Memekat depan tv nak dengar pengumunan dengan penuh saspen. Seriau juga nak menantikan  YM Engku Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Engku Ngah punya pengumuman.Terasa cam kami pun nak termasuk sama dalam tv masa tuh. Lebih2 lagi kalau pengumuman raya. Berlonggok2 semua saudara mara, sepupu sepapat depan tv rumah kat Atok dan Wan. Yang tak tahannya kalau esok jadi raya. Macam nak runtuh rumah kayu atap minang tu dek cucu2 arwah Atok dan Wan. Yang kecik, yang besar.. semua sepupu sepapat melompat riang. "Hurey! esok raya...!" Tapiiii.. Hah..ada tapi lagi tu... Tapi kalau esok tak jadi raya, " semua pakat menung.. "Aiseymen, esok kite kena puasa lagilah.." Masa tuh lah Atok & Wan bersuara "Alah.. satu hari jer lagi... Yang banyak2 hari tu boleh, takkan satu hari tak boleh?" Lepas tuh, semua kembali ceria...

Tapi serius pun ya syiok lagi saspen masa tuh. Budak2 sekarang tak merasa saat tu dah... 
Apa2 pun Star.Anise mengucapkan Selamat menjalani Ibadah berpuasa. 


No comments:

Post a Comment