CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 12, 2013

Dah Hari Kedua Yer..



Ermm... blur pulak sebentar... sahur semalam masak & makan apa yerk..??? 
(Sambil urut2 dagu)
Hah... dah ingat dah... Star. Anise tak masak hebat2 pun. Setakat menambah pinggan lauk di atas meja makan jerk. At least, ada lauk yang baru. Simple pun tak apa.
Alhamdulillah, bangun pun dah awal 20 minit dari hari sebelumnya...

Ayam Masak Merah (memang masak banyak untuk berbuka dan sahur)
Baby Kailan Goreng Belacan
Nugget Ayam
Nasi Putih 
Teh O/Air Suam
Kurma
 

Heheheh... Untuk menu  berbuka semalam, En. Cinnamon tolong Star.Anise di dapur. Happy nyer rasa hati.. Laju sikit nak kejar waktu. Tak payah merapu panjang2lah... Ini dia menu berbuka semalam...

Ikan dan Udang Grilled dengan Sos Percik
Peria Kambas dan Cendawan Tiram Goreng Tepung 
Sup Sayur Pak Choy dengan Fishcake
Sambal Belacan 
Nasi putih 
Teh O/Air Suam/Horlicks Suam
Kurma


Nak senang kerja, kami panggang ikan dan udang dalam kuali ajaib jerk. senak nak tinggal2 dan nak balikkan apa yang di panggang. Panggang memanggang kerja En. Cinnamon. Sementara Star.Anise kosentret masak sos perciknya pulak.



Oh yer... Sup sayur pak choy tuh En. Cinnamon yang masak tau. Sedap kata kakak. Kakak sorang jerk yang makan. Kanak2 yang lain suma amik kuahnya ajer. Nak kena ajar depa ni makan sayurlah lepas ni.. Mana boleh skip2 makan sayur. Sayurkan baik untuk kesihatan..



Ea..ehh! 
Terlupa pulak. Sebenarnya cendawan tiram tu kami tak plan pun nak goreng. Tapi budak2 bising.
 "Sayur kambas celup tepung ni pahit sangatlah Ummi." 
Kesian pulak kat budak2 tu, sementelah tepungnya masih ada, terus ku tambah satu lagi menu. Buat sikit jerk pun. Untuk anak2.. 
"Yeay! Ummi masak cendawan celup tepung.."

Heheheh... 
Lepas Isyak, tangan gatal pi goreng pakora ayam plak.. Anak2 dah kenyang. Boy sorang jerk datang mengadap. Star.Anise & En. Cinnamon makan sikit jerk. 
Nasib baik buat sikit jer... ;)

* Lom jejak mana2 pasar ramadhan pon lagi...


No comments:

Post a Comment